Monday, December 13, 2010

bila aku keliru.


Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud : "Di antara (tanda-tanda) kebahagiaan seseorang itu ialah istikharah (meminta diberi pilihan)kepada Allah dalam setiap urusannya, dan di antara (tanda-tanda) kecelakaan seseorang ialah (apabila dia) meninggalkan Istikharah kepada Allah pada setiap urusannya."



~~ DOA SOLAT ISTIKHARAH~~


Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu akan kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau menurut pengetahuan-Mu perkara ini baik bagiku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku pada masa ini dan akan datang maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkan ia kepadaku, jika menurut pengetahuan-Mu perkara ini tidak baik bagiku dalam agamaku dan kehidupanku dan kesudahan urusanku pada masa ini dan akan datang maka jauhkan ia dariku dan palingkanlah aku darinya, tetapkanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Kemudian redhailah aku di dalamnya.


thanx u shira utk note ni =) berguna sgt. byk keputusan kite kena buat dlm hidup ni.. kalau bukan skrg pun, esok2 mesti ada.


2 comments:

Amir Azrin said...

dlm dilema ke? dh ade jawapan? :)
doa dlm bhasa arab ade tak?

nana said...

tak da la amir. tp kite boleh aml kan jugak kan?
tak da.ni pun sy dpt dari org =))