biarlah hari ini aku jatuh,
supaya esok aku lebih kuat untuk melangkah,
meninggalkan semalam yg penuh derita.
biarlah hari ini aku menangis,
kerana esok tak akan jatuh lagi air mata,
menangisi hati yang luka disakiti.
biarlah hari ini aku merasa sakit,
pedihnya jatuh peritnya terguris,
supaya esok aku tak lagi buta,
menilai manusia yang pandai berkata.
biar pengalaman itu pahit,
namun jauh lebih manis dari terusan dibonekakan,
dijadikan mainan manusia buta,
yang tidak tahu apa itu setia apatah lagi cinta.
pergilah sakit pergilah derita,
bawa bersama dia dan air mata,
tak akan ada sesal walau tanpanya,
kerana esok pasti akan ada bahagia.
2.05 a.m(03.09.2010)
-aku percaya setiap yang terjadi pasti akan ada hikmahnya-
6 comments:
nanaa.whtever happened..be strong k!
im trying naz..i ada kwn2 yg baik..dah cukup dah..nway,thanks!!
apa cerita nihh?? mind to share?? hehe ;)
ni la drama aku nizar..ratapan menjelang aidilfitri..boleh?haha.. klh cerpen hang dok buat kat blog tu..
be strong nana...we all always luv u...
i know..hehe...=))
Post a Comment